Selepas sebulan berdiam, kami muncul lagi untuk review tempat makan sedap!!
Hehe, ayat nak best saja.
Jadi, pada hari Ahad 8 May yang lepas kami sempat berkunjung ke satu restoran yang agak popular sebenarnya iaitu Restoran Golek Golek Suasana Kampung.
Kat mana?
Ia terletak di tepi MRR 2 sahaja.
Kalau dari kuantan, susur menghala ke ulu kelang...kemudian akan nampak signboard Golek Golek. Cuma signboard agak kecil, jadi perlu berhati hati.
Jalan naik ke restoran agak mencabar sedikit...bukit dan curam. Huhu... kalau NJ yang bawak kereta, kena park kat bawah and jalan ke atas la kot. Heheh...
Parking lot luas cuma gelap. Ia terletak di bahagian belakang sedikit. Kami sampai dalam 9.30, parking dah hampir penuh, jadi jauh jugak la nak menapak ke restoran.
Oh ya, Oleh kerana PH dan CH tak dapat datang, kami menjemput dua tetamu lain iaitu Cikgu H dan Mr. X. Meja kami terletak di bahagian bawah rumah. Kalau dating, rasa romantik la agaknya kerana kami hanya ditemani lampu suram suram. Hehe...
Kali ni, kami memesan set no. 2 untuk 4 orang. Ada beberapa jenis set lain. Set yang kami pilih berharga Rm120. Set tersebut menyajikan ikan siakap masak sambal petai (boleh pilih nak ikan apa and masak apa), telur itik masak lemak cili api, udang masak lemak cili api, kerang dan sotong (boleh pilih nak masak apa). Kami mintak pihak restoran pilih masakan, jadi kami dapat sotong telur masin. Kemudian kami tambah satu hidangan telur masin masak lemak cili api dan 2 pinggan nasi.
Menu menu lain seperti dalam gambar. Maaf gambar tak berapa jelas, maklum lah lampu suram suram romantik gitu... hehe
Untuk review kali ni, kami hanya mengambil kira komen Cikgu H dan Mr. X.
Dari segi makanan, Cikgu H bagi 10/10. Manakala Mr. X pula berpendapat, sotong telur masin yang disajikan sedap dan ikan pula telah dipotong siap siap, mudah nak makan. Tapi, Mr. X mengatakan bahawa beliau pernah rasa masak lemak cili api yang lagi sedap dan saiz kerang terlaku kecil, jadi tak dapat rasa rempah meresap dalam kerang.
Note: NJ pon rasa sotong telur masin paling sedap!!!!
![]() |
Ikan siakap sambal petai... |
![]() |
Telur itik lemak cili api dan udang lemak cili api... nyum nyum.. |
![]() |
Kerang! Sotong telur masin tak ada dalam gambar sebab sampai lambat...huhu |
Dari segi service pula: Cikgu H bagi 2 manakala Mr. X bagi 1 sebab kami menunggu hampir 30 minit untuk makanan kami. Malahan amat sukar mendapatkan menu dan membuat pesanan. Mungkin kerana masalah kekurangan staf.
Dari aspek persekitaran, Cikgu H berpendapat ia baik, nice. Sesuai nak ambil gambar kerana terdapat banyak spot yang menarik. Mr. X pula kata 'not bad, cuma sebab makan bawah rumah so pemandangan terhalang'.
Note: NJ pon boleh terhantuk, apatah lagi orang yang lebih tinggi.
Untuk parking dan keselamatan, Cikgu H menegaskan bahawa ianya tak friendly. Malahan tiada orang yang menjaga parking dan keadaan gelap. Signboard ke restoran juga kecil yang menyukarkan orang yabg tidak biasa dengan kawasan ini.
Untuk harga, Cikgu H dan Mr. X berpendapat ianya berbaloi dan tidak terlalu mahal. Semua yang kami makan, berharga RM 136.
Akhir sekali, pesanan dari Cikgu H 'jangan datang dan expect makanan cepat sampai'.
Mr. X pula berpesan 'pastikan brek kenderaan anda berfungsi dengan baik'
Note: scary wei masa nak turun dari restoran. Huhu
Mungkin selepas ni keadaan dan persekitaran akan jadi lebih baik sebab kami perasan ada renovation sedang dilakukan. :)
Sekian, review untuk kali ini. Kalau nak maklumat lanjut or nak hubungi restoran, bolehlah hubungi nombor di dalam gambar. Ah, restoran ni pun ada fb. Boleh la search dulu... :)
Till the next review, stay safe and healthy ya!
-NJ-
No comments:
Post a Comment