Saturday, 4 February 2017

7th MY STORY CAFE

Assalamualaikum.

Jumpa lagi untuk edisi 2017.
Hee..


Untuk bulan pertama 2017, kami ke My Story Cafe.
Kafe ni terletak di Kota Kemuning. Alamat lengkap, ada dalam gambar.


Alamat lengkap dan nombor telefon untuk tempahan.

Kafe apa?
Kafe ni menyediakan hidangan ala ala 'shell out'..
Ada jugak makanan lain tapi kali ni kami mencuba set shell out.
Harga? Refer dalam gambar ya....

Set yang ditawarkan...pilih ikut suka.. :)



Kami memesan set Jari Comot for 2 Rm110 and set Jari Comot for 4 RM180. Tersedia dalam set adalah udang, king crab, mud crab, scallops dan hotdogs. Kesemuanya berbeza masakan. Ada yang masak kari, masak pedas dan jugak garlic butter. Ouh, kita boleh pilih masakan dan tahap kepedasan makanan.

Kami juga memesan boxing chicken, mystory meatball dan tambah lagi dua mangkuk nasi putih. Air, kami dapat satu jug dan 2 cawan ice lemon tea (dah ada dalam set yang kami pilih)

Kafe ni boleh dikatakan luas, parking pon mudah. Ada meja di dalam dan luar kedai, pilih je nak duduk mana. Disebabkan kami ber6, kami duduk luar la. And, ada kawasan permainan untuk kanak-kanak. Sesuai la untuk family datang bersama anak anak kecil.




Lets dig in!!!!


Mystory meatball...sedap!

Harga makanan ka


Review untuk makanan:

Bagi Mr. X, tak banyak pilihan. Semuanya dalam bentuk set. Jadi tak ada sebab untuk repeat lagi. Mr. X memberi 8/10 markah untuk makanan.
Berbeza dengan Cikgu H, beliau amat menyukai udang garlic butter. 10 markah untuk udang dan 8 markah untuk makanan lain.
CH pula berpendapat hanya masakan kari yang kurang sedap, manakala masakan lain semuanya sedap dan beliau amat suka ketam extra hot yang dihidangkan.
Capt. A pula rasa boxing chicken pelik sikit. Tapi,sos extra hot n yang less hot sedap. Namun, kari rasa tak sesuai dengan the whole thing. Komen lain, garlic butter tak rasa sangat butter. Capt. A juga kata meatball not bad. Paling penting, Air tak cukup untuk kami berenam.
DA pula berpendapan hampir kesemua makanan adalah pedas dan udang tak ada rasa.


Dari segi service:
Kami berpendapat layanan staf sangat friendly walaupun makanan dan minuman kami dihidangkan sedikit lambat. Tapi kami puas hati. Stafkafe juga boleh bercakap dua bahasa..


Dari segi keselamatan:
Mr. X berpendapat bahawa agak kurang sesuai apabila ada wayar di tempat kanak kanak bermain. Dan capt. A menambah tentang ketiadaan apron untuk pelanggan dan pihak kafe juga tidak menyediakan klip untuk makan ketam. (Gigih la kami gigit sepit ketam tu). Pencahayan di dalam dan luar kedai sengat baik tapi terdapat satu lubang di bahagian dalam dan ia tidak ditanda atau ditutup. Di khuatiri, pelanggan boleh jatuh.


Dari segi persekitaran:
Mr. X bagi 7/10. Huhu. Tapi secara keseluruhan ok sebab kawasan tak bising dan tak ramai orang. Untuk yang datang dengan kawan kawan, ramai...better makan kat luar, lebih sesuai. Toilet very clean, ada surau, family oriented, konsep dan design nicely done. Cumanya tak nampak kedai melayu mungkin sebab tema hipster... :p



Overal rating
MR. X: 3*
CH: 4*
Cikgu H: 3*
Capt. A: 4.4*
DA: 4*




Till the next review, stay safeand healthy ya...



First write up by NJ
Review and comment by Mr. X, CH, Cikgu H, Capt. A & DA.