Friday, 21 October 2016

5th: Aroma Ikan Bakar

Assalamualaikum wbt.

Hai, jumpa lagi setelah lama menyepi.
Geng Jalan Jalan Cari Makan telah berkunjung ke restoran Aroma Ikan Bakar yang terletak di Jeram, Kapar.
Kalau nak ke sana, boleh waze 'Aroma Ikan Bakar' dan anda akan sampai ke depan restoren.

Tadaaaa..Restoran Aroma Ikan Bakar!!!


Sebelum bercerita berkenaan makanan, kami nak update yang ahli Geng dah bertambah!! Welcome Captain A!!! Hehe.



Restoren ini agak luas. Dan kalau bulan puasa memang kena book awal sebab selalunya penuh. Kemudahan surau dan toilet juga disediakan. Apa yang menarik, tempat duduk pon ada beberapa jenis. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Tempat duduk yang berbayar pula ada dua jenis. Sila rujuk gambar.. :)

Harga untuk Bamboo (pondok besar)

Harga untuk Saung (pondok kecil)


Kami pilih untuk duduk di pondok kecil saja.. :)


Di sini, pelanggan boleh memilih seafood yang mereka suka dan masakan untuk setiap seafood yang dipilih. Jadi, kali ni kami memilih ikan siakap 3 rasa, ikan cencaru bakar sambal, sotong telur masin, ketam masak lemak, kupang masak cili, telur dadar, kailan ikan masin. Untuk air, kami memilih air tembikai saja.

Makanan kami!!
Masa ni sotong tak sampai lagi.. hehe..


Makanan sampai agak cepat mungkin kerana pelanggan tak berapa ramai..


Review untuk makanan...

CH komen saiz udang kecil, sebab tu kami tak ambil udang. Saiz ketam juga kecil mungkin sebab bulan tak mengambang. Sayangnya, Kuah lemak cili padi tak rasa ketam. Ikan bakar pula ok, tak kering sangat tapi sambal tak sedap. Ikan siakap sedap, puas hati. Sotong rasa macam goreng tepung biasa. Manakala kupang, sambal pedas tapi tak berapa berasa. Bak kata orang, Tak umph!! Air tembikai pula bnyak air...

Mr. X pula berpuas hati dengan ikan siakap tiga rasa. Sotong banyak jadi puas hati. Untuk ketam pula, saiz kecil dan kuah lemak tak berapa berasa, kurang pedas and lemak. Kupang pula, rasanya ok dan isinya tak kecil sangat. So puas hati la. ikan cencaru bakar pun ok. Tapi kuantiti nasi kurang. Order untuk 7 orang tapi dapat satu bekas biasa je. Air tembikai kurang pekat. Sayur dan telur dadar ok. Kuantiti utk 5 orang makan memang puas hati.

Capt.A pula berpendapat dalam banyak banyak makanan, yang paling best adalah ikan tiga rasa. Kalau makan kuah dgn nasi pon dah ok. Sotong pula tempat kedua sebab rasanya just nice dan tak terlalu masin. Ketam pula berair..tak ada rasa sangat tapi ketam dah dipotong semasa dihidang so senang nak makan. Ikan bakar, biasa saja. Kupang tu pula macam tak kena dengan masak cili. sayur biasa je.

DA pula komen, ikan siakap ok, rangup. Sotong pun ok. Cuma Kupang pedas sikit. Ikan bakar tak boleh komen sebab tak makan. Hehe. Untuk ketam pula, saiznya kecil dan kuah kurang rasa....kurang lemak. So kalau letak kat nasi tak rasa apa.


Review berkenaan keselamatan dan persekitaran:

Kami berpendapat pihak restoren perlu menyediakan longkang atau saliran air yang lebih baik. Air dari singki basuh tangan (bukan dari toilet atau dapur ya) dibiarkan ke pasir yang mana akan menyebabkan berlakunya pencemaran. Servis pula ok sebab makanan cepat sampai. Tapi waiter datang tak bawa menu. Pencahayaan dan pengudaraan ok. Angin sepoi sepoi bahasa mungkin sebab tepi pantai. Signage banyak. Satu je masalah, tak ada signage ke pantai. Hehe.

Surau luas dan sejuk. Bahagian tandas pon ok tapi takde flush. Parking pula luas cuma parking di bahagian belakang gelap tapi ada rela jaga. Satu perkara yang kami perasan tiada fire extinguisher disediakan untuk kecemasan. Tempat makan pula sangat selesa...sesuai untuk makan berdua atau ramai ramai. :)


Keseluruhan:

Capt. A: 2.5 *
Mr. X: 3 *
CH: 2.5 *
DA: 3 *

Ini waktu urusniaga.
Photo ehsan dari pakcik google. Lupa nak snap hari tu.

Sekian review kami kali ni.
Till the next entry be safe and healthy ya!!





First write up by NJ.
Comment and review by CH, Cpat.A, Mr.X & DA.