Saturday, 18 June 2016

4th: D'Saji Titiwangsa

Asslamualaikum.
hai...


Untuk bulan june dan ramadan al mubarak ni, kami berkesempatan berkunjung ke D'Saji Titiwangsa.
Seperti namanya, restoran ini terletak di Tasik Titiwangsa.
Kalau nak cari tempat ni, google je.
Sebelum ni, ia dikenali sebagai Restoran Nelayan.
Hmm, D'Saji ni adalah anak syarikat FELDA.



Kami book last minute tapi nasib baik masih ada kekosongan.
Disebabkan sekarang ni bulan puasa, ada ramadan buffet dengan harga RM79.90.
Kami pergi awal puasa, jadi harga early bird..dapat diskaun 50%. Heee...
Untuk hari hari biasa, dinner berharga RM45++ untuk seorang dewasa.


Sebelum kami komen, kami cerita serba sedikit keadaan dan suasana.
Bila sampai, staf restoran semak semula maklumat tempahan. Setelah dipastikan ada tempahan atas nama kami, kami ke meja lagi satu untuk mendapatkan nombor meja kami.

Receptionist yang friendly... :)


Keadaan restoran agak luas.
Opss, lupa nak mention...restoran ni terapung atas tasik...jadi memang cantik.
Dan kawasan makanan terbahagi kepada empat.
Di kawasan tengah ada pentas untuk persembahan dan makanan ada di sekeliling.
Memang kena berjalan untuk dapatkan dan cuba semua makanan dan minuman.
Restoren ini sangat sesuai untuk family gathering, reunion dan jugak dating. Kalau nak buat majlis kahwin pon boleh.

Pentas utama. Terapung atas tasik...

Model pelamin untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di sini...


Makanan....sangat banyak. Dari nasi dan lauk kampung, ada pelbagai jenis kerabu, makanan jawa, pasta, kambing bakar, seafood dan makanan steamboat, mee goreng, sotong kangkung, sup kambing, ikan bakar serta pencuci mulut -buah dan kek.
Minuman...ada panas dan sejuk. Untuk air panas, terdapat air teh dan kopi. Ada beberapa jenis air sejuk contohnya air cincau, air katira dan macam macam lagi. Di meja dah disediakan air mineral satu botol.

Memang berbaloi sangat dengan harga yang kami bayar. Hehe..

First trip makanan kami. Hehe..


Terdapat juga kemudahan surau dan tandas untuk pelanggan. Surau terletak dibahagian belakang sedikit tapi selesa.


Review...

Dari segi makanan:
PH suka kerana terdapat pelbagai jenis kek dan kek dipotong kecil. Mudah untuk dimakan. Mungkin sebab tu PH makan kek banyak hari tu. PH juga memuji air kopi dan daging kambing yang sangat lembut. Cumanya satu kekurangan pada makanan iaitu kuew tiau goreng yang kurang sedap.

CH pula melihat banyak pilihan makanan dan hampir kesemua makanan kena dengan cita rasa. Malahan oihak restoren tidak berkira kerana mereka masih refill makanan walaupun dah lewat jadi makanan masih rasa panas. CH juga suka kerana terdapat banyak pilihan minuman. CH juga bersetuju dengan PH berkenaan kuew tiau.

DA juga menyatakan pendapat yang hsmpir sama iaitu ada bnyak pilihan makanan dan hampir kesemuanya sedap. Beliau beri 7/10 markah. Namun terdapat beberapa makanan yang kurang 'kaw' seperti sotong kangkung dan kuew tiau. Mungkin sebab ia dimasak dalam jumlah yang banyak. Untuk minuman, DA berpuasa hati kerana terdapat banyak pilihan cuma di bahagian yang berlainan. Tapi DA puji air teh dan kopi. Air panas ini telah siap dibancuh dan rasanya ckup, tak terlalu manis atau pahit.


Dari segi service:
PH komen 'tiptop'!!
CH pula kata 'cun!!!'
DA  pula kata the service is very very good. All staffs are friendly. Including front desk, waiters and cooks.
Additional notes by NJ: staf memang sangat peramah dan senyum selalu. Malahan mudah je nak buat tempahan. I like!


Dari segi persekitaran dan keselamatan:
PH berpendapat kawasan restoran sangat tenteram dan baik. Malahan ada pengawal di kawasan parking.

CH pula komen, ada kawasan yang sejuk (ber air-cond) dan ada yang panas. Ikut nasib dapat tempat kat mana. Tapi keseluruhan persekitaran best. Parking pula murah tapi tak cukup nak tampung pelanggan jadi ada yang terpaksa parking di kawasan luar.

DA pula kata first impression... it is very good, a quiet place. The parking ok, affordable price for customer which is RM2 only. Tempat makan memang okay sebab atas tasik, so rasa macam suasana kampung. Safety ok, remarkable because there is precaution tape on any uneven surface. The surrounding is very pleasant, recommended to all. Ada juga ramp untuk kegunaan wheelchair dan troli.


Overall rating:
PH dan CH bagi 4.5 *
DA pula bagi 4 *



Kalau nak tau lebih banyak, boleh la pergi sendiri ke restoran ni.
Insya Allah tak menyesal.
boleh la cuba hubungi nombor yang tertera... :)



Till the next entry, stay safe and healthy ya!!




First write up by NJ.
Comment and review by PH, CH and DA.