Minggu lepas, Geng JJCM sampai ke Klang.
Kali ni, kami ke Al-Fateh Steamboat and Grill. Restoran ni adalah pilihan NJ.
Restoran ni terletak di Klang.
Beralamat di Lorong Raja Jumaat, Kawasan 1, 41000 Klang.
kalau nak senang, boleh je search kat waze... mesti jumpa.
Kami sampai agak lewat, hampir 10 malam.
Sebab, waze NJ tak berfungsi dengan baik. huhu
Tapi masa kami sampai, makanan masih banyak.
Bayaran untuk makan di sini dikira ikut pax la.
Boleh tengok dalam pic ya.
oh ya, disebabkan masa sampai semua dah lapar...memang tak ingat nak snap pic.
Semua pic adalah ehsan dari google ya.
Dari segi servis,senang nak buat reservation. kami booking secara whatsapp je.
Diorang reply cepat, fast response. dan kalau mintak location pon, diorang bagi je.
Makanan jugak di isi semula..takde la kena tunggu lama.
Cumanya, parking space la kot kurang kalau waktu puncak.
And pinggan mangkuk ada yang dalam keadaan tak elok,
Satu lagi, mungkin sebab staff tak ada baju seragam, so susah nak kenal staff.
Untuk service, kitorang bagi 3 bintang.
Kalau dari segi makanan....excited sikit nak cerita...hehe
Bila kami duduk je, staf terus hidangkan sup dan jugak tomyam. Macam gambar atas ni.
Tomyam dia boleh tahan la, kalau tak tahan pedas, berair mata la jugak. hehe
Ada seafood macam udang, kerang dan lala. Ada ayam, daging, kambing marinated sampailah segala bebola.
Dan, kambing dia memang superb. Kitorang memang makan kambing saja. huhu
Cumanya, untuk ayam, daging dan kambing...cuma ada satu jenis je la.
Dan mungkin sebab kami datang lambat, so aiskrim dan ais habis dah.
Jadi, kami bagi 2 bintang.
Dari segi tempat dan keselamatan, restoran ni agak luas jadi bila nak jalan tak ada la berlanggar dengan orang lain.
Cumanya, dapur yang digunakan...tak diservis, ada sikit rosak dan agak bahaya.
Satu lagi, bagi orang yang tak familiar dengan Klang, susah sikit nak jumpa restoran ni. Lagi lagi bila GPS tak berfungsi, huhu.
Dan happy..
Update on Geng JJCM, ahli kami dah bertambah sorang!!
Welcome PH!!! hehe
So kami dah berempat...
Excited sikit.
Next month, insya ALLAH giliran CH pulak pilih tempat.
So stay tune dengan next review ya!
note: first restoran tak sempat nak review lagi...huhu
First write up by NJ.
Comment by DA, CH and PH.